ISU SEMASA-DEMAM DENGGI
RANGKA KARANGAN
Pengenalan:
Demam denggi adalah
sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes
aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat
empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan
DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis
virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu
tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali
seumur hidupnya.
Tanda-tanda deman
denggi:
-
Deman
kuat secara mengejut dan berterusan;
-
ruam
merah pada kulit; sakit teruk pada tulang, otot, sendir, biji mata dan kepala;
-
hilang
selera makan;
-
sakit
perut;
-
muntah-muntah;
-
pendarahan
pada badan, hidung dan mulut
Langkah-langkah
mencegah deman denggi:
-
Memusnahkan
tempat pembaikan nyamuk
-
Melindungi
diri daripada gigitan nyamuk
-
Melindungi
diri daripada gigitan nyamuk
-
Menghapuskan
nyamuk dewasa
Kesimpulan:
Usaha untuk mencegah
demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
DEMAN DENGGI
Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan
virus bawaan nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk Aedes Aegypti yang telah
dijangkiti dan boleh membawa maut. Deman
denggi kini menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi
yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak
di kebanyakan negara hari ini. Demam
denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Kerap didapati, demam denggi berlaku di
kawasan bandar dan sekitarnya. Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam
denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.
Jangkitan oleh salah satu jenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes akan
memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu mendiami di
kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali dalam
seumur hidupnya.
Terdapat pelbagai tanda seseorang
telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan
gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang
biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang
yang teruk. Sekiranya seseorang itu
didapati menghidap penyakit demam denggi, rawatan utama adalah mengelakkan
pesakit tersebut minum air. Pesakit juga
hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Antara langkah untuk mencegah demam
denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin
kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk
hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas
air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik,
ditutup rapat dan ditukar airnya dengan kerapnya. Pemeriksaan saluran air hujan hendaklah
dibuat setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang boleh
menyekat aliran air.
Selain itu, kita hendaklah
melindungi diri daripada gigitan nyamuk.
Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi
kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu tersebut dan mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Selain itu, kita boleh menyapukan krim
penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.
Di samping itu, kita boleh memasang
jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring
halus ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran
nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam. Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan
nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur
nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, pihak berkuasa hendaklah mengadakan
semburan kabus untuk membunuh nyamuk sekiranya berlaku kes denggi.
Akhir kata, usaha untuk mencegah
demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini. Amalan gaya hidup bersih dan sihat
mestilah dipratikkan dalam kehidupan seharian supaya kes penyakit berbahaya ini
dapat dikurangkan ke tahap minimum. Kita
hendaklah sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan
kediaman kita agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
No comments:
Post a Comment